Bahan Nasi Lemak:500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)
Bahan Sambal:125 gm ikan bilis kering (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat
Untuk memasak nasi:Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.
Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.
Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing.
Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak panas-panas atau sejuk, dengan sambal & telo
Selasa, 30 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan